Site icon TechNave BM

Malaysia kini hasilkan bateri EV sendiri, pertama di Asia Tenggara!

Malaysia memulakan fasa pengeluaran bateri kenderaan elektrik (EV) rekaan tempatan bulan ini menerusi inisiatif bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Projek tersebut dikendalikan Gigafactory Malaysia iaitu anak syarikat NanoMalaysia Bhd dan menjadikan Malaysia negara Asia Tenggara pertama yang memiliki kilang pengeluaran teknologi bateri secara domestik.

Bateri yang dibangunkan menggunakan jenis nikel-mangan-kobalt (NMC) dengan integrasi teknologi grafen. Mereka mendakwa penambahan bahan tersebut mampu meningkatkan kapasiti simpanan tenaga sehingga tiga kali ganda berbanding bateri konvensional.

Gigafactory Malaysia kini menjalankan operasi pengeluaran awal dan mereka menyasarkan pencapaian pengeluaran pada skala megawatt-jam (MWh) bermula September 2026. Inisiatif ini merupakan strategi negara memastikan industri automotif tempatan kekal berdaya saing selari perkembangan teknologi EV global.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nikkei Asia

Exit mobile version