Site icon TechNave BM

Malaysia negara kedua tertinggi guna kod QR, hanya di belakang China

Menurut sebuah kajian daripada firma statistik Data Reportal, Malaysia merupakan negara kedua tertinggi yang menggunakan kod QR (Quick Response) sepanjang tahun 2024. Kajian ini yang dilaporkan oleh media Thailand menyatakan 66.1% daripada populasi Malaysia menggunakan imbasan kod QR untuk pelbagai kegunaan.

Negara yang paling banyak menggunakan kod QR adalah China, di mana 67.4% daripada populasinya menggunakan kod QR pada 2024. Di bawah Malaysia, negara seterusnya dalam senarai ini adalah Thailand (61.5%), Argentina (61%), Brazil (60.8%), Vietnam (58.3%), Switzerland (57.7%), Taiwan (57.4%), Sweden (54.9%) dan Colombia (54.8%).

Secara purata, setiap negara mencatatkan penggunaan kod QR sebanyak 50.8% daripada jumlah populasinya.

Adakah anda pengguna yang hanya menggunakan kod QR untuk setiap transaksi, atau hanya untuk pembelian tertentu? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version