Site icon TechNave BM

Malaysia negara pertama terima ciri Komuniti dalam aplikasi Whatsapp

Pengguna WhatsApp di Malaysia kini akan mendapatkan akses awal kepada ciri Komuniti. Pengguna WhatsApp di Malaysia akan dapat mengakses ciri Komuniti secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Menerusi ciri ini, pengguna boleh menghimpunkan kumpulan yang berasingan di bawah satu kumpulan yang besar bagi memudahkan perkongsian maklumat dan pengurusan. Komuniti memperkenalkan fungsi baharu buat pentadbir (admin).

Ini termasuk kawalan ke atas Kumpulan yang boleh dimasukkan ke dalam sesebuah Komuniti dan pilihan untuk membuka kumpulan perbincangan yang lebih kecil berdasarkan topik yang difokuskan. Pentadbir Komuniti juga boleh menghantar mesej pengumuman kepada semua ahli melalui kumpulan kumpulan tertentu.

Selain itu, hanya pentadbir boleh menambah masuk ahli ke dalam Komuniti secara individu atau menerusi pautan undangan serta mempunyai kuasa untuk mengeluarkan ahli tertentu sekiranya perlu. Kesemua mesej di WhatsApp termasuk dalam komuniti terus dilindungi dengan penyulitan hujung-ke-hujung.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version