Site icon TechNave BM

Malaysia tentukan pemilihan vaksin COVID-19 mungkin pada awal tahun 2021

Terkini menurut sumber, kerajaan Malaysia mungkin akan memuktamadkan atau menentukan pemilihan vaksin COVID-19 pada awal tahun 2021. Hal ini dinyatakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau lagi, beberapa ujian klinikal vaksin COVID-19 yang kini sedang berada pada tahap ketiga mungkin dianalisa pada hujung tahun ini. MOSTI kini sedang berbincang dengan KKM, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara mengenai undang-undang dan model perolehan untuk vaksin COVID-19.

Selain itu, perbincangan dan rundingan dengan pihak COVID-19 Vaccine Global Access (Covax) untuk mendapatkan vaksin COVID-19 masih berlangsung. Tambah Khairy, kemudahan pembelian awal ini agak luar biasa kerana kerajaan membayar benda yang masih belum wujud.

Menurut sumber, antara syarikat yang sudah mula melakukan ujian klinikal vaksin COVID-19 adalah University of Oxford, Johnson & Johnson, BioNTech dan Moderna.

Kami berharap agar anda kekal mengamalkan prosedur standard (SOP) untuk amalan pencegahan COVID-19. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version