Site icon TechNave BM

Malaysia, Thailand kukuh kerjasama untuk memerangi penipuan pekerjaan dalam talian

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel bertemu dengan pihak berkuasa Thailand untuk membincangkan cara mengukuhkan kerjasama dalam memerangi penipuan pekerjaan dalam talian.

Jojie melawat Mae Sot di Wilayah Tak di utara Thailand awal minggu ini di mana beliau bertemu dengan gabenor Wilayah Tak, Somchai Kitcharoenrungroj serta beberapa delegasi keselamatan negara.

Beliau juga bertemu wakil daripada Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) dan Global Alms Incorporated iaitu sebuah organisasi bukan untung Australia untuk menghapuskan pemerdagangan, eksploitasi seksual dan penderaan fizikal ke atas lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Jojie menambah, pertemuan itu juga mewujudkan talian komunikasi yang jelas antara pihak berkuasa dan kedutaan Malaysia. Jojie turut memuji tindakan pantas pihak berkuasa Thailand dalam menyelamatkan dan menghantar pulang warga Malaysia yang terperangkap dalam penipuan pekerjaan.

Sehingga kini, beliau berkata 83 mangsa penipuan pekerjaan rakyat Malaysia telah diselamatkan dan dibawa pulang melalui Myanmar dan Thailand sejak tahun lepas. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version