Site icon TechNave BM

Manual pengguna Samsung Galaxy S21 FE tertiris, mungkin tiada ruang microSD dan bicu 3.5mm

Maklumat tentang pelancaran Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) masih lagi menjadi tanda tanya di kalangan peminat telefon pintar namun baru-baru ini, spesifikasi telefon itu telah banyak tertiris dalam internet. Kini manual pengguna (user manual) telefon itu pula telah tertiris dan ia menunjukkan beberapa maklumat tentang luaran telefon itu.

Menurut manual tersebut, Galaxy S21 FE tidak dilengkapi ruang kad memori microSD dan bicu audio 3.5mm. Memandangkan ketiadaan dua fungsi ini adalah sesuatu yang boleh dijangka dalam telefon andalan, ia bukanlah sesuatu yang mengecewakan. Selain itu, Galaxy S21 FE juga tidak akan dipasarkan bersama pengecas di dalam kotak.

Spesifikasi lain yang disahkan dalam manual itu termasuklah pengimbas cap jari bawah skrin, rating kalis air dan debu IP68, skrin dengan kadar segar semula tinggi, pengecasan wayarles, pengecasan wayarles berbalik, pembesar suara Dolby Atmos serta sokongan Samsung Pay dan Wireless DeX. Ia akan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, hijau, ungu dan putih.

Galaxy S21 FE dikhabarkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 888 atau Exynos 2100, manakala tarikh pelancarannya mungkin adalah 8 September ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S21 FE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SamMobile

Exit mobile version