Site icon TechNave BM

Manusia buatan AI dari Samsung, NEON bakal hadir di telefon pintar

Jika sebelum ini, kita cuma dapat melihat manusia kecerdasan buatan (AI) hanya di internet. Sumber kini melaporkan bahawa manusia buatan AI, NEON mungkin bakal hadir di telefon pintar anda juga.

Untuk pengetahuan anda,  Samsung terdahulu telah memperkenalkan manusia buatannya pada konferens CES 2020. Manusia buatan ini diperlihatkan berfungsi melalui peranti paparan berbingkai dengan sensor 4K, indikator status RGB, pembesar suara Hi-Fi dan mikrofon. Lebih menarik, ia dipamerkan bakal menjadi bantuan dalam urusan perbankan.

Terkini, NEON View dilihat sedang diuji di telefon pintar. Seperti pembantu suara yang lain contohnya Google Assistant atau Siri, NEON View akan berfungsi sebagai pembantu, tetapi dengan rupa manusia dan berupaya menunjukkan emosi.

NEON boleh diprogramkan kepada pelbagai fungsi contohnya guru, pengajar Yoga, pembaca berita dan banyak lagi. Menurut CEO NEON, NEON View walau bagaimanapun tidak akan menggantikan pembantu suara yang sudah sedia ada.

Apakah pandangan anda mengenai NEON View di telefon pintar? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version