Site icon TechNave BM

Mario Kart Tour kini boleh dimainkan secara multiplayer pada 8 Mac ini

Terkini, Nintendo mengumumkan bahawa game Mario Kart Tour, siri Mario Kart versi mudah alih bakal menyediakan fungsi pemain campuran (multiplayer) bermula pada 8 Mac, Ahad ini. Anda boleh memilih untuk bermain bersama tujuh pemain!

Sepintas lalu, Mario Kart Tour merupakan game yang boleh dimainkan melalui telefon pintar anda tanpa memerlukan konsol gaming. Anda boleh mengawal game dengan hanya menggunakan beberapa gerakan sentuhan. Semestinya, anda boleh bermain game ini secara percuma, tetapi anda juga boleh menaik taraf untuk karakter, kenderaan lain atau mod lebih laju 200cc (ada yuran langganan bulanan).

Pernahkan anda bermain game ini? Beritahu kami pengalaman anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version