Site icon TechNave BM

Mark Zuckerberg rugi ~RM121 bilion dalam masa sehari akibat kejatuhan saham Meta

Mark Zuckerberg kehilangan nilai bersih $29 bilion (~RM121 bilion) baru-baru ini apabila saham Meta Platforms Inc (FB.O) mencatatkan rekod kejatuhan untuk sehari sahaja. Saham Meta jatuh 26% mengakibatkan kerugian lebih daripada $200 bilion dalam pasaran dalam waktu sehari yang merupakan rekod terbesar untuk Meta.

Hal ini menyebabkan nilai bersih asetnya menurun kepada $85 bilion (~RM371 bilion), menurut Forbes. Berikutan kerugian $29 bilion, Zuckerberg kini berada di tempat kedua belas dalam senarai jutawan Forbes.

Yang pasti, dagangan dalam saham teknologi kekal tidak menentu kerana pelabur bergelut untuk menentukan harga kesan inflasi yang tinggi dan jangkaan kenaikan kadar faedah. Zuckerberg menjual saham Meta bernilai $4.47 bilion (~RM18.6 bilion) tahun lepas sebelum sahamnya menurun pada 2021.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version