Site icon TechNave BM

Mark Zuckerberg umumkan tiga ciri privasi baharu untuk WhatsApp

Mark Zuckerberg telah mengumumkan kempen baharu untuk WhatsApp dengan melancarkan tiga ciri berfokuskan keselamatan dan privasi pemesejan. Ia akan mula ditawarkan di India dan United Kingdom (U.K.) terlebih dahulu sebelum ditawarkan ke negara lain.

Tiga ciri ini termasuklah:

Ciri keluar dari sembang kumpulan secara senyap tidak akan menghantar pemberitahuan kepada pengguna lain kecuali pentadbir kumpulan.

Anda juga boleh mempunyai lebih kawalan ke atas status dalam talian, sama ada anda ingin dilihat oleh Semua Orang (Everyone), Semua Orang Daripada Kenalan (My Contacts), Kenalan Saya Kecuali (My Contacts Except) dan Tiada Sesiapa (Nobody).

Akhir sekali, anda boleh menghalang orang daripada mengambil tangkapan skrin atau merakam tangkapan video sewaktu membaca mesej yang hanya boleh ditonton sekali sahaja (View Once Messages). Ini mungkin kerana terdapat pengguna mengadu mengenai imej yang dihantar masih boleh di tangkap skrin tanpa kebenaran. 

Anda boleh mengemas kini aplikasi WhatsApp sekarang untuk mendapatkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version