Site icon TechNave BM

Mark Zuckerberg: WhatsApp jauh lebih privasi dan selamat berbanding iMessage

Dalam catatan Instagram baharu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg, beliau mendakwa WhatsApp jauh lebih privasi dan selamat daripada platform Apple iMessage. Pada papan iklan Meta di New York City yang mempromosikan WhatsApp berbanding SMS atau iMessage, Zuckerberg berkata WhatsApp jauh lebih baik untuk pengguna yang mementingkan privasi kerana terdapat ciri penyulitan hujung ke hujung.

Ia berkeupayaan untuk menetapkan mesej hilang selepas tempoh yang ditetapkan dan ketersediaannya merentas pelbagai platform. Apple dan Meta mempunyai persaingan yang berterusan untuk beberapa waktu dengan ketegangan antara kedua-dua gergasi teknologi semakin meningkat baru-baru ini.

Meta telah menuduh Apple mengambil kesempatan pada iklannya dengan memperkenalkan langkah yang membolehkan pengguna iPhone menarik diri daripada penjejakan dalam aplikasi dan merentas tapak web lain. Dalam pertemuan dengan kakitangan, Zuckerberg berkata persaingan Meta dengan Apple adalah sangat mendalam.

Ia merujuk kepada persaingan AR/VR yang semakin kompetitif dengan Apple dijangka akan masuk dalam ke dalam pasaran VR secara rasmi dengan set kepalanya pada awal tahun depan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version