Site icon TechNave BM

Markah AnTuTu Snapdragon 875 dan Snapdragon 775G bocor, sehingga 740,000!

Sumber kini melaporkan bahawa markah AnTuTu untuk dua cipset dari Qualcomm yang terbaru telah didedahkan. Dua cipset Qualcomm terbaru tersebut adalah Snapdragon 875 dan Snapdragon 775G dengan markah setinggi 740,000.

Perlu diingatkan bahawa kedua-dua cipset ini masih belum dilancar. Oleh itu, cipset yang diuji berkemungkinan adalah versi prototaip sahaja. Snapdragon 875 dilihat mencapai markah 740,000, manakala Snapdragon 775G mencapai markah 530,000.

Menurut sumber, Snapdragon 875 mungkin dilengkapi struktur pembinaan baharu. Cipset 5nm ini mungkin hadir dengan satu Cortex-X1 2.84GHz, tiga teras Cortex-A78 2.42GHz dan teras selebihnya Cortex-A55 1.8GHz bersama pemproses grafik Adreno 660. Apa pun, kami masih tiada maklumat mengenai struktur teras Snapdragon 775G.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas mengenai Snapdragon 875 yang bakal dilancar pada 1 Disember 2020.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version