Site icon TechNave BM

Markah kamera iPhone SE di DXOMARK tidak sebaik kualiti audionya disebabkan 1 kamera utama

Terkini, DXOMARK telah mengeluarkan markah keputusan ujian prestasi kamera iPhone SE (2020). Melalui markah ini, DXOMARK memperlihatkan beberapa kebaikan dan kelemahan spesifikasi kamera iPhone SE terbaru ini.

Markah keseluruhannya, 101, dikategorikan sebagai markah biasa untuk peranti kelas pertengahan. Markahnya menunjukkan prestasi gambar yang lebih baik daripada aspek rakaman video. Menurut DXOMARK, kualiti gambarnya setara dengan iPhone 11, namun kelemahannya adalah pada kekurangan lensa ultra lebar dan tetapan satu kamera utama sahaja.

Anda boleh melihat lebih banyak kekurangan dan kekuatan iPhone SE dari aspek kamera lebih lanjut di pautan ini. Apa pun, DXOMARK membuktikan kualiti audio iPhone SE adalah antara yang terbaik dalam kalangan peranti kelas pertengahan.

Adakah anda memiliki iPhone SE? Beritahu kami di laman Facebook, adakah anda berpuas hati dengan prestasi iPhone SE. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version