Marshall, jenama yang terkenal dengan perkakasan muzik rock ‘n’ roll, telah melancarkan fon telinga wayarles yang terbaru untuk pasaran Malaysia iaitu Marshall Motif II ANC. Selain dilengkapi fungsi pembatalan hingar (ANC), fon telinga wayarles ini turut mempunyai estetika yang serupa dengan pembesar suara Marshall sebenar.
Marshall mengatakan fon telinga ini memberikan pengalaman Marshall Signature Sound yang boleh menjana audio jelas walaupun pada tahap volume yang tinggi. Selain itu, ia juga mempunyai mod lutsinar (transparency mode) untuk mematikan ANC secara automatik buat sementara jika pemakai ingin mendengar audio daripada luar seperti pengumuman atau perbualan.
Hayat baterinya pula boleh bertahan sehingga 30 jam jika digabungkan dengan bateri dalam bekas pengecas dan enam jam jika digunakan dengan fon telinga sahaja. Untuk pengecasan, Marshall mengatakan pengecasan selama 15 minit sudah cukup untuk penggunaan selama sejam. Ia juga boleh dicas secara wayarles.
Ia juga boleh dihubungkan melalui Bluetooth LE Audio untuk hubungan wayarles yang lebih kukuh dengan pelbagai jenis peranti.
Marshall Motif II ANC akan dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM959 di kedai-kedai Harvey Norman, Vivid Concepts, Flash Gadgets dan Thundermatch (TMT) serta platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan Ash Asia.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

