Site icon TechNave BM

Masa memborong ‘game’ bermula, diskaun Steam Summer Sale sehingga 75%!

Selain daripada jualan atau penawaran game percuma yang diberikan oleh Epic Games Store, penawaran dari Steam juga menjadi perkara yang dinantikan oleh peminat. Jualan Steam Summer Sale kini bermula pada 25 Jun sehingga 9 Julai 2020 dengan diskaun sehingga 75%!

Seiring dengan keterujaan anda, beberapa game popular yang mungkin bakal dibeli adalah Borderlands 3 dengan diskaun 50% berharga RM89.50 (harga asal RM179.00), beberapa koleksi Assassins Creed dan pelbagai game lain. Anda boleh melihat senarai game berdasarkan julat harga yang anda inginkan!

Seperti Epic Games Store, Steam turut membenarkan peminat mendapat ganjaran poin jika anda membeli game. Bukan itu sahaja, terdapat penambahan potongan harga RM10 untuk belian bernilai RM60 ke atas (harga dipotong semasa checkout). Kunjungi pautan Steam untuk laburkan wang anda terhadap kesejahteraan hidup gamer.

Menurut kami, inilah masa yang sesuai untuk memborong game sebagai bekalan dalam mengharungi kehidupan sebagai gamer. Jika anda bukan seorang gamer, inilah masanya untuk mencuba sesuatu yang baru. Beritahu di Facebook kami, game apa yang anda sambar dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita promosi gaming terkini.

Sumber: Steam

Exit mobile version