Site icon TechNave BM

Masalah kekurangan semikonduktor mungkin akan berlarutan sehingga 2022

Syarikat pengilang alat elektronik Foxconn yang tekenal dengan pembinaan komponen utama untuk pelbagai peranti popular seperti iPhone telah memaklumkan bahawa operasi mereka kini terjejas akibat daripada masalah kekurangan semikonduktor yang berlaku di seluruh dunia.

CEO Foxconn Young Liu mengatakan mereka tidak akan mampu menunaikan pesanan daripada pelanggan-pelanggan mereka dalam masa terdekat, sejak mengalami masalah kekurangan komponen elektronik pada bulan Mac 2021. Beliau juga meramalkan bahawa masalah ini mungkin akan berlarutan sehingga suku kedua untuk 2022.

Young menjangkakan Foxconn tidak dapat memenuhi 10% daripada jumlah pesanan pelanggannya yang menjadi semakin besar pada tahun ini. Masalah ini juga adalah kerana pengurangan operasi yang berlaku sewaktu awal pandemik COVID-19 dan membuatkan pelbagai produk elektronik dilancar dengan lebih lambat, termasuklah iPhone 12 yang dilancar lebih lewat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pelbagai syarikat teknologi telah mengalami masalah pengeluaran produk kerana kekurangan semikonduktor, termasuklah Samsung, Sony dan Microsoft. Masalah ini juga telah meningkatkan harga beberapa peranti elektronik seperti komputer riba dan komponen komputer PC.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version