Site icon TechNave BM

Masalah muat naik di beberapa servis Google termasuk Gmail, Google Drive

Jika anda juga mempunyai masalah untuk menghantar emel atau memuat naik fail melalui aplikasi servis Google, anda tidak keseorangan. Rata-rata pengguna di Barat (seperti yang dilaporkan oleh sumber) mengalami masalah yang sama sejak semalam.

Setakat ini, kemas kini maklum balas oleh Google hanya memaklumkan bahawa mereka masih menyiasat perkara ini. Hasil siasatan mendakwa terdapat juga beberapa masalah melalui aplikasi Google Meet, Google Voice dan Google Docs, termasuklah terdapat beberapa isu mengenai muat naik di YouTube.

Antara contoh masalah yang dihadapi orang ramai adalah proses muat naik fail yang disertakan dalam draf emel yang sangat perlahan, akhirnya memaparkan ralat. Ralat ini menyuruh pengguna untuk menyemak rangkaian. Namun, pengguna tidak mempunyai masalah rangkaian.

Anda boleh melihat status penyelesaian masalah di pautan rasmi Google ini.

Kami juga akan mengemas kini sekiranya pihak Google telah mengenal pasti masalah atau menyelesaikan isu ini. Anda mempunyai masalah yang sama? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version