Site icon TechNave BM

Masalah ‘overheating’ pad pengecasan wayarles Apple kini selesai

Produk baru Apple yang tertiris dengan nama “C68” dikatakan akan selesaikan masalah pemanasan lampau (overheating) yang berlaku oleh AirPower apabila mengecas tiga peranti secara wayarles pada masa yang sama.

Sumber menunjukkan beberapa produk Apple yang sedang dicas di atas “C68”, kod nama untuk AirPower. Ini adalah penting kerana projek AirPower telah dibatalkan sebelum ini akibat masalah pemanasan lampau yang tidak boleh diselesaikan oleh Apple.

Adakah produk ini akan dilancarkan pada acara WWDC 2020 isnin hadapan, 22 Jun ini? Nantikan bersama kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gajet terkini.

Sumber: AppleInsider

Exit mobile version