Site icon TechNave BM

Masih mempunyai masalah untuk menebus RM50 dalam e-dompet? Jom, ini cara untuk dapatkannya

Kerajaan Malaysia telah melancarkan program RM750 juta kredit ePENJANA di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) bagi merancakkan kegiatan ekonomi negara. Oleh yang demikian, setiap rakyat Malaysia yang layak bakal menerima RM50 di bawah inisiatif ini.

Untuk menebus kredit ini, rakyat perlulah mendaftarkan diri dalam aplikasi MySejahtera (iOS/Android) terlebih dahulu. Selain itu, pemohon yang layak harus memenuhi tiga syarat iaitu:

Selepas syarat-syarat di atas dipenuhi, pemohon perlu memuat turun salah satu daripada tiga aplikasi e-Dompet terpilih iaitu Touch ‘n Go eWallet (iOS/Android), GrabPay (iOS/Android) atau Boost (iOS/Android). Proses permohonan akan mengambil masa beberapa hari sebelum diluluskan. Selain itu, pemohon juga bakal menerima insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar atau mata ganjaran.

Jika anda masih memiliki masalah untuk memohon, mungkin nama anda yang didaftarkan dalam MySejahtera tidak sepadan dengan nama di dalam kad identiti (IC). Pastikan juga agar aplikasi MySejahtera anda telah dikemas kini dengan versi terbaru. Untuk berdaftar dalam MySejahtera, ikut langkah di bawah:

  1. Buka profil.
  2. Klik pada Tetapan (Settings) di bahagian atas kanan.
  3. Pastikan nama dalam aplikasi dan IC anda adalah sepadan.
  4. Selepas pengesahan, anda boleh mohon melalui salah satu e-Dompet yang layak.

Perlu diingat bahawa kredit ini hanya boleh dimohon sebelum Khamis, 24 September dan ia hanya boleh digunakan sehingga Rabu, 30 September.

Beritahu kami di Facebook jika anda sudah memohon untuk inisiatif ePENJANA ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version