Site icon TechNave BM

Masyarakat luar bandar berhak dapat kualiti telekomunikasi setinggi warga bandar – KKMM

Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Zahidi Zainul Abidin mengatakan kerajaan akan bertekad untuk memastikan penduduk kawasan luar bandar mendapat perkhidmatan telekomunikasi yang setaraf dengan penduduk di bandar. Beliau mengatakan kadar bil telefon yang dibayar oleh masyarakat luar bandar sama dengan di bandar, oleh itu kedua-dua golongan layak mendapat kualiti telekomunikasi yang sama.

Walaupun 95 peratus daripada seluruh kawasan Malaysia mempunyai rangkaian telekomunikasi, ini tidaklah bermakna seluruh rangkaian itu menyediakan hubungan kukuh terutamanya di kawasan bukit-bukau. KKMM akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi untuk menyelesaikan masalah berkaitan rangkaian lemah di kawasan luar bandar.

Beliau mengatakan terdapat penjana tenaga (generator set) yang digunakan untuk mengoperasikan pemancar telekomunikasi di kawasan luar bandar yang tiada bekalan elektrik namun terdapat penjana yang rosak dan menjejaskan pemancar. Tahun ini telah menyaksikan kes ramai penduduk luar bandar yang terpaksa mengambil langkah-langkah drastik bagi mendapatkan hubungan internet.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version