Site icon TechNave BM

Max umumkan dua pelan langganan di Malaysia, harga bermula RM34.90/bulan

Menurut berita sebelum ini, Warner Bros. Discovery akan melancarkan perkhidmatan penstriman baharu, Max untuk pasaran Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong. Menggantikan HBO Go pada 19 November 2024, Max akan tersedia dalam dua pilihan pelan untuk pelanggan di Malaysia.

Anda boleh memilih sama ada pelan Max Standard (RM34.90/bulan) atau Max Ultimate (RM52.90/bulan). Terdapat juga pelan 12 bulan kedua-duanya dengan harga RM279.90 dan RM424.90 setahun. Pelan tahunan lebih menjimatkan kos untuk jangka panjang kerana harganya akan menjadi RM23.33 atau RM35.40 sebulan.

Max Standard membenarkan pengguna utama menstrim pada dua peranti serentak dalam resolusi FHD. Selain itu, pengguna boleh memuat turun 30 kandungan untuk ditonton semasa dalam perjalanan. Max Ultimate mempunyai faedah yang lebih baik kerana ia membenarkan empat peranti untuk menstrim pada masa yang sama dalam 4K UHD dan Dolby Atmos.

Tambahan, ia boleh memuat turun 100 kandungan (had dikenakan). Langganan HBO GO sedia ada akan menjadi langganan Max selepas 19 November ini. Max akan tersedia untuk langganan di www.max.com atau melalui gedung aplikasi termasuk Apple Store dan Google Play Store serta pembekal perkhidmatan pihak ketiga tempatan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version