Site icon TechNave BM

Maxim sambung semula operasi di Malaysia dengan kelulusan APAD

Maxim kini mengesahkan bahawa operasi mereka di Malaysia akan diteruskan selepas menerima kelulusan rasmi daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Sebelum ini, timbul kekeliruan mengenai potensi penamatan operasi, namun syarikat menegaskan bahawa mereka kekal komited untuk beroperasi di bawah garis panduan baharu yang ditetapkan pihak berkuasa.

Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley, menyatakan kelulusan ini membolehkan syarikat terus menyumbang kepada pembangunan infrastruktur pengangkutan negara sambil memperkukuh pertumbuhan digital dan memberi impak positif kepada masyarakat.

Semua pemandu e-hailing aktif di bawah Maxim diwajibkan memiliki Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) yang sah dan dilindungi insurans melalui rakan strategik syarikat. Langkah ini dilihat sebagai jaminan kepada pematuhan undang-undang serta keselamatan dan profesionalisme perkhidmatan di seluruh bandar dan kawasan luar bandar.

Maxim turut memperkukuh komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi pelbagai inisiatif berkaitan keselamatan awam dan kebajikan komuniti. Di samping itu, pelaburan dalam teknologi mobiliti turut dimanfaatkan untuk meningkatkan akses, kecekapan dan kemampuan perkhidmatan, seiring dengan aspirasi ekonomi digital negara.

Pendekatan ini juga membuka peluang pendapatan fleksibel kepada pemandu sepenuh masa dan separuh masa. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version