Site icon TechNave BM

Maxis bekerjasama dengan artis untuk menghiburkan rakyat Malaysia melalui media sosial

Maxis akan menayangkan kandungan video khas dalam saluran media sosial mereka, di mana syarikat itu akan menampilkan beberapa artis dan influencer internet untuk menghiburkan pelanggan mereka yang berada dalam rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Personaliti popular seperti Amyra Rosli, Ayda Jebat, Sweet Qismina dan Fatin Afeefa telah bekerjasama dengan Maxis untuk membuat sebuah video khidmat masyarakat bertajuk “Hadapinya Bersama – Duduk Di Rumah, Kekal Berhubung”.

Selain itu, anda juga boleh menonton video #StayHomeConnected di profil Instagram penyanyi berbakat seperti Kaka Azraff, Aizat Amdan, De Fam, Bunga Isme, Sweet Qismina, Nana Mahazan dan Nabila Razali pada 1-7 April jam 7:00-9:00 malam.

Maxis juga bekerjasama dengan influencer tempatan seperti Alyssa Dezek, Fatin Afeefa, Nana Sheme, Leona dan Along Cham untuk menayangkan video khas pada masa yang telah ditetapkan untuk memberi semangat kepada rakyat Malaysia agar kekal teguh dengan tanda palang #KitaSapotKita.

Berikut adalah jadual influencer-influencer ini untuk siaran video #KitaSapotKita:

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton video oleh para selebriti ini sewaktu PKP dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version