Site icon TechNave BM

Maxis bekerjasama dengan UiTM untuk hasilkan video pembelajaran dalam eKelas

Syarikat telekomunikasi tempatan Maxis akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi menghasilkan kandungan pembelajaran digital berkualiti tinggi untuk program komuniti utama Maxis, eKelas.

eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah untuk para pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang menawarkan pembelajaran dengan cara menyeronokkan dan berkualiti tinggi, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.

Dalam program ini, para pensyarah kanan, pakar dan pelajar UiTM akan menghasilkan sehingga 100 video Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris kemudian ia akan dimuat naik ke portal dan aplikasi eKelas. Semua video ini akan melepasi proses semakan sebelum dimuat naik ke eKelas.

Bagi memaparkan kandungan yang menarik, video-video ini mengandungi peranan watak kehidupan sebenar, eksperimen dan animasi untuk menarik perhatian pelajar sekolah, sambil membenarkan para pelajar UiTM untuk memperolehi pengalaman praktikal yang berharga dalam pembangunan kandungan.

eKelas kini menyediakan kandungan dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Untuk para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, dua subjek tambahan telah diperkenalkan untuk mereka iaitu Bahasa Malaysia dan Sejarah.

Permohonan untuk eKelas boleh dibuat secara percuma di laman web eKelas atau dengan memuat turun aplikasi eKelas daripada App Store atau Play Store.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version