Site icon TechNave BM

Maxis berjaya menguji kelajuan 5Gnya yang pantas dengan mencapai 3Gbps

Terdahulu, Malaysia komited untuk menyasarkan perkhidmatan 5G yang bakal tersedia pada separuh kedua tahun hadapan, 2020. Dengan ini, syarikat rangkaian Telco di Malaysia termasuk Maxis mengadakan ujian demonstrasi 5G untuk mengenalpasti kelajuan spektrum dan sebagainya.

Terkini, Maxis menyatakan bahawa percubaan 200MHz spektrum C-band 3.5GHz telah berjaya mencapai kelajuan 2.96Gbps yang menjadi rekod tertinggi di dua tapak ujian di Subang Jaya. Keputusan ini sekaligus menempatkan kedudukan Maxis di hadapan dalam rangkaian 5G di Malaysia.

Mungkin anda tertanya-tanya apa yang anda dapat lakukan dengan rangkaian 5G. Rangkaian 5G membenarkan anda memuat turun media dengan lebih pantas, melayari video 4K tanpa lag dan turut menyumbang kepada industri baru yang berkembang dalam teknologi seperti pertanian, kesihatan dan sebagainya.

Adakah anda bersedia untuk menikmati rangkaian 5G di Malaysia? Tinggalkan komen anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk perkembangan teknologi terkini di Malaysia.

Exit mobile version