Site icon TechNave BM

Maxis eKelas pupuk bakat STEM melalui Misi Jelajah Digital, selari matlamat PBB

Cabaran STEM tahunan Maxis eKelas, Misi Jelajah Digital 2023 (MJD), menutup tirai baru-baru ini dengan mencatatkan jumlah 850 penyertaan dari 89 sekolah di seluruh negara. STEM merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik.

Pertandingan yang berlangsung dari Ogos hingga Disember tahun lepas mencabar pelajar untuk mereka bentuk permainan atau menghasilkan video animasi yang berasaskan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Para pelajar dalam kumpulan 2 hingga 4 orang telah dibahagikan kepada kategori Tahap Dua SK, Menengah Rendah dan Menengah Atas dan menghantar penyertaan mereka melalui portal Maxis eKelas. Peringkat akhir MJD yang berlangsung di Menara Maxis telah dihadiri oleh 5 finalis terbaik daripada setiap kategori.

Setiap finalis diberi peluang untuk membentangkan video animasi dan reka bentuk permainan mereka kepada panel hakim. Pemenang utama ialah pelajar dari SK Intan Perdana, Negeri Sembilan (kategori Tahap Dua SK), SMK Kwang Hua, Selangor (kategori Menengah Rendah), dan SMK Air Merah, Kedah (kategori Menengah Atas).

eKelas menyediakan akses kepada kandungan pendidikan yang berkualiti selaras dengan Sukatan Pelajaran Sekolah Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar di eKelas, sila layari www.ekelas.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih eKelas daripada App Store atau Google Play.

Para pelajar Malaysia dari sekolah rendah hingga menengah, guru dan pemimpin pendidikan kini boleh log masuk ke eKelas dengan menggunakan ID DELIMa mereka. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version