Site icon TechNave BM

Maxis eKelas sediakan pembelajaran digital untuk murid sekolah rendah, menengah

eKelas iaitu program komuniti utama Maxis adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dari luar bandar. Program ini membawa pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan menyediakan akses kepada kandungan pendidikan yang berkualiti selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5.

Bertumpukan kepada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah, pelajar eKelas didedahkan kepada pembelajaran berasaskan gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan dan kandungan digital melalui portal dan aplikasi eKelas.

Kedua-dua platform kini mempunyai antara muka yang mesra pengguna dengan ciri-ciri baharu termasuk cadangan pembelajaran yang diperibadikan dengan analisis prestasi, pengalaman pembelajaran yang digabungkan dengan cabaran harian serta sistem ganjaran.

Pelajar juga boleh menyertai kempen-kempen eKelas seperti Pertandingan HIP English StoryFest dan Cabaran STEM Misi Jelajah Digital melalui aplikasi mudah alih secara langsung. Permohonan untuk Anugerah Gemilang, skim geran pelajar bagi mereka yang mencatatkan peningkatan gred juga boleh dihantar melalui aplikasi tersebut.

Maxis eKelas menyediakan pengalaman pembelajaran digital yang lengkap termasuk peluang untuk pelajar mengambil bahagian dalam kempen tahunan seperti pertandingan Bahasa Inggeris dan STEM serta peluang untuk memohon geran pelajar Anugerah Gemilang. Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar di eKelas, sila layari laman rasmi di sini.

Anda juga boleh muat turun aplikasi di App Store atau Google Play. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version