Site icon TechNave BM

Maxis hasilkan filem Makna Raya Si Menantu bersempena Hari Raya

Sempena kedatangan bulan Syawal dan juga Hari Raya, Maxis mempersembahkan kempen Hari Raya Aidilfiri bertema ‘Terpancar indah makna Aidilfitri, tersimpul silaturahim penuh erti’ yang meraikan hubungan yang bermakna bersama orang-orang tersayang.

Selari dengan tema perayaan, filem ‘Makna Raya Si Menantu’ berkisar tentang pengantin baru yang meraikan sambutan dan rutin Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga mentua baru. Filem ini memaparkan perspektif yang unik tentang bagaimana jalinan kekeluargaan dapat dibina dengan ahli keluarga baharu.

Akhirnya, mereka berjaya mendapatkan dan meraikan hubungan yang bermakna. Maxis berharap bahawa para penonton berasa seronok serta dapat mengaitkan kisah filem ini dengan pengalaman masing-masing. Untuk menonton filem Raya Maxis ‘Makna Raya Si Menantu’, sila klik di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version