Site icon TechNave BM

Permohonan Program Biasiswa Maxis 2023 kini dibuka, layak untuk semua siswazah Malaysia

Selaras dengan komitmen untuk melabur dalam pembangunan bakat untuk negara melalui pendidikan, Program Biasiswa Maxis 2023 kembali dan permohonan kini dibuka kepada semua pelajar Malaysia.

Siswazah boleh memilih untuk memohon di bawah tiga kategori iaitu Biasiswa Sarjana Muda Pemimpin Muda Maxis, Biasiswa Sarjana Muda Teknologi Maxis dan Biasiswa Sarjana Muda Wanita Teknologi Maxis.

Seramai 16 bakal pemegang biasiswa akan dipilih berdasarkan rekod prestasi akademik, penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum serta kemahiran kepimpinan dan interpersonal yang mantap. Pelajar digalakkan melayari laman rasmi Maxis di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelayakan dan cara permohonan.

Program Biasiswa Maxis menawarkan bantuan kewangan dalam yuran pengajian dan faedah lain yang berkaitan dengan perbelanjaan sara hidup, pelbagai peluang latihan dengan Maxis dan syarikat gabungannya, pekerjaan dengan Maxis selepas tamat pengajian dan peluang jaringan hubungan eksklusif.

Ikuti @lifeatmaxis di Instagram untuk maklumat terkini mengenai Program Biasiswa Maxis. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version