Site icon TechNave BM

Maxis lancarkan kedai telko maya pertamanya, Maxis Centre Decentraland di metaverse

Tidak lama lagi, kebanyakan platform akan beralih ke arah Metaverse termasuk syarikat telekomunikasi Maxis. Namun begitu, syarikat itu akan melancarkan metaverse sendiri dan beberapaa butiran telh didedahkan.

Selaras dengan kempen Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia (RKRM), Maxis melancarkan kedai telko maya pertamanya yang dipanggil Maxis Centre Decentraland. Ia merupakan pengalaman runcit dalam versi metaverse. Pengguna dapat membeli-belah produk dan perkhidmatan Maxis menggunakan teknologi 3D terkini.

Anda juga membeli NFT yang boleh dikumpulkan melalui kerjasama dengan artis Malaysia. Selain itu, terdapat dinding Hotlink dan kandungan #BikinSampaiJadi untuk dinikmati dan dapatkan akses kepada penjagaan digital melalui kod QR.

Syarikat itu menyasarkan untuk menyediakan destinasi unik untuk pengalaman yang mengasyikkan dengan interaksi yang menarik, relevan dan bermanfaat. Ini termasuk perkhidmatan penting, penglibatan pelanggan, pameran penyelesaian perusahaan, permainan, menarik bakat, pendidikan yang mendalam dan membina ekosistem perkongsian dengan menegak pelbagai industri.

Semua orang dialu-alukan untuk melawat Maxis Centre Decentraland atau imbas kod QR dalam imej di atas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version