Site icon TechNave BM

Maxis lancarkan pelan jalur lebar baharu dengan kelajuan 1Gbps dan 2Gbps

Maxis telah melancarkan pelan-pelan Maxis Home Fibre dan Maxis Business Fibre baharu dengan tujuan meningkatkan pengalaman WiFi pelanggan dan memberikan nilai tambah. Pelanggan Maxis Home Fibre kini boleh menikmati kelajuan sehingga 1 dan 2Gbps, sementara pelanggan Maxis Business Fibre boleh menikmati kelajuan sehingga 1Gbps.

Pelanggan baru Maxis Home Fibre akan menikmati harga promosi selama 24 bulan pertama termasuk penghala WiFi 6 generasi baru, pemasangan dan pemilikan peranti rumah yang lebih mudah melalui Home Zerolution untuk pengalaman WiFi terbaik. Pelan Maxis Home Fibre 1Gbps baharu juga disertakan dengan langganan WiFi Max percuma untuk liputan WiFi yang luas dalam rumah.

Maxis Home Fibre juga menyediakan pelan 2Gbps baharu dan Maxis adalah syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan pelan 2Gbps dengan penghala WiFi 6E untuk kelajuan WiFi yang lebih pantas.

Selain itu, Maxis adalah penyedia jalur lebar pertama di Malaysia yang menawarkan sandaran wayarles 4G percuma dalam pelan Maxis Business Fibre. Pelan ini juga termasuk penghala WiFi 6 generasi baru percuma dan talian suara dengan panggilan domestik tanpa had.

Pelanggan boleh menikmati pelan-pelan yang berikut bermula hari ini:

Maxis Home Fibre:
Pelan KadarHarga Baharu / Bulan (RM)Tawaran Promosi / Bulan untuk Pelanggan Baharu (RM)*
2Gbps (BAHARU)319N/A
1Gbps (BAHARU) 249Langganan Max WiFi percuma
500Mbps159 149 
300Mbps139 129 
100Mbps99 89 
Maxis Business Fibre:
Pelan KadarHarga Baharu / Bulan (RM)Tawaran Promosi / Bulan untuk Pelanggan Baharu (RM)*
1Gbps (BAHARU)299N/A 
500Mbps219 199
300Mbps179 139 
100Mbps119 99

Pelanggan Maxis Home Fibre yang sedia ada pada pelan dari 100Mbps ke atas akan layak menerima naik taraf kelajuan percuma. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh merujuk Soalan Lazim Maxis Fibre.

Ketahui maklumat lanjut tentang pelan Maxis Home Fibre dan Maxis Business Fibre baharu di laman web rasmi Maxis di sini. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version