Site icon TechNave BM

Maxis lancarkan pelan prabayar Hotlink Prepaid Internet 365 baharu serendah RM6

Selepas melancarkan pelan pascabayar baru pada minggu lepas, kini Maxis melancarkan pelan prabayar baru pula iaitu Hotlink Prepaid Internet 365. Dengan harga serendah RM6, pelanggan boleh mendapat akses kepada internet berkelajuan tinggi sepanjang tahun.

Setiap kali pelanggan menambah nilai ke dalam akaun Hotlink mereka, nilai tersebut sah untuk digunakan selama 60 hari. Jika anda ingin memiliki kad SIM yang boleh dipakai selama 365 hari, ia boleh dibeli pada harga RM30.

Pelanggan boleh memilih di antara harga RM20, RM10 atau RM6 untuk data 10GB, 4GB atau 2GB. Sempena pelancaran eksklusif pada hari ini, pelanggan boleh beli pek SIM pada harga promosi RM25 di mana mereka akan turut menerima internet berkelajuan tinggi 365 hari 10GB dan kredit tambahan RM2.

Buat penerima Jaringan Prihatin pula, mereka layak menuntut kredit percuma sehingga RM180 dan tambahan internet berkelajuan tinggi 60GB setiap bulan. Pelanggan akan turut menerima ganjaran seperti pas 30 hari hiburan tanpa had dengan Maxis TV dan diskaun sehingga 70% dengan Hotlink Rewards.

Layari laman web Hotlink untuk maklumat lanjut tentang pelan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version