Site icon TechNave BM

Maxis lancarkan perkhidmatan perayauan 5G di tiga negara ASEAN

Maxis telko telah menyediakan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G kepada pelanggan di Singapura, Thailand dan Indonesia selepas sempadan antarabangsa dibuka secara progresif. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut, mereka berusaha keras untuk membolehkan pengguna dan perniagaan dengan pengalaman kesalinghubungan terbaik di mana sahaja mereka berada.

Perkhidmatan perayauan 5G akan diaktifkan secara automatik pada mana-mana peranti berkemampuan 5G. Setiap negara mempunyai rangkaian masing-masing iaitu Singtel di Singapura, AIS di Thailand dan Telkomsel di Indonesia. Pengguna boleh menggunakan perayauan 5G dengan kadar bayaran yang sama berdasarkan pakej perayauan 4G tanpa caj tambahan. Mereka hanya perlu mengakses aplikasi Maxis dan klik pada banner Maxis Roaming untuk melanggan rancangan pilihan.

Anda boleh mengaktifkan perayauan data melalui Pass Roam Data atau melanggan secara manual dengan mendail *100#, pergi ke ‘International Roaming‘, pilih ‘Country’ dan pilih salah satu pas yang ada. Maxis juga merancang untuk melancarkan perkhidmatan perayauan 5G ke destinasi popular lain pada akhir 2021.

Anda boleh klik disini untuk maklumat lanjut mengenai Maxis 5G Roaming. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version