Site icon TechNave BM

Maxis lancarkan video muzik #KitaSapotKita untuk bantu rakyat Malaysia mengharungi PKP

Maxis telah melancarkan sebuah lagu bertajuk Make It Through yang dinyanyikan oleh segolongan artis tempatan seperti Faizal Tahir dan Zee Avi. Sebagai sebahagian daripada kempen #KitaSapotKita, ia bertujuan menaikkan dana untuk membantu rakyat Malaysia sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Video muzik lagu tersebut telah dirakam selama sepuluh hari dari rumah-rumah para artis yang terlibat dalam lagu tersebut. Make It Through diterbitkan oleh Maxis dan XENO Entertainment dengan kerjasama Astro.

Tangkapan skrin: (Dari atas kiri, mengikut pusingan jam) Faizal Tahir; Prashan Chitty, Pengarah Pengurusan XENO Entertainment; Zee Avi; dan Tai Kam Leong, Ketua Penjenamaan & Pemasaran di Maxis.

Untuk menaikkan dana bagi kempen #KitaSapotKita, anda boleh mendengar “Make It Through” di YouTube dan juga dalam platform-platform lain. Bagi pelanggan Maxis yang berminat menjadikan lagu tersebut sebagai nada dering pemanggil (Caller Ringtone), mereka boleh hubungi *131*657086#.

Semua royalti daripada tontonan video ini dan pembelian nada dering akan didermakan kepada Yayasan Kebajikan Negara. Selain itu, terdapat juga bilangan sokongan di laman web #KitaSapotKita untuk melihat sejauh mana rakyat Malaysia menyertai kempen ini.

Maxis akan melaksanakan lebih banyak projek khas selepas lagu Make It Through ini. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah menontonnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version