Site icon TechNave BM

Maxis meraikan Tahun Baru Cina dengan teknologi berlainan bagi warga tua di Malaysia

Tahun Baru Cina merupakan satu sambutan yang memberi kita peluang untuk berkongsi kegembiraan, mengingati semua detik penting, berjumpa semula dengan orang yang tersayang dan berkumpul di meja makan untuk makan besar. Tetapi bagi warga emas yang menghidapi demensia, kenangan gembira perayaan mungkin pudar.

Maxis telah memulakan sambutan Tahun Baru Cina dengan memperkenalkan aplikasi RE:Collection yang merupakan sebuah aplikasi kenangan peribadi yang didorong data, membolehkan warga emas yang menghidapi demensia dan orang tersayang merakam detik-detik kegemaran serta menggunakan analisis untuk memahami pemacu ingatan melalui cetusan foto atau video dan menghidupkan semula cerita-cerita melalui Realiti Terimbuh (AR).

Aplikasi RE:Collection pada telefon pintar anda

Pada masa yang sama, syarikat telekomunikasi itu juga telah melancarkan UnforgetTABLE, yang dikuasakan oleh 5G Maxis sebuah Meja Pintar yang menonjolkan bagaimana perabot rumah seperti meja makan, mempunyai kebolehan untuk mengiktiraf objek serta analisis gelombang otak.

Tai Kam Leong menunjukkan demonstrasi UnforgetTABLE untuk menganalisis gelombang otak

“Meja Pintar ini boleh memaparkan output gelombang otak mental mereka pada skrin, contohnya ketenangan, keseronokan, kebosanan, kesedihan dan sebagainya. Analisis ini akan membolehkan penjaga dapat memahami lebih baik terhadap pesakit demensia.” Kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis awal hari ini.

Untuk anda yang berminat merasai pengalaman Realiti Terimbuh (AR) ini boleh ke Pusat Maxis KLCC bermula hari ini. Kongsikan pengalaman anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita aplikasi terkini.

Exit mobile version