Site icon TechNave BM

Maxis naik taraf pelan Maxis Postpaid: Tambahan kuota percuma bermula 4 Jun

Terkini, Maxis mengumumkan bahawa terdapat naik taraf data percuma pada pelan tertentu. Ini menandakan terdapat tambahan data tanpa caj tersembunyi, anda hanya perlu membayar bil bulanan seperti biasa.

Untuk pengetahuan anda, pelan Maxis Postpaid atau pelan Pascabayar Maxis yang baru ini bermula pada 4 Jun 2020. Bukan itu sahaja, Maxis juga akan memperbaik fleksibiliti pelan Maxis Postpaid Share 48 dengan pemberian data tambahan yang boleh dikongsi sebanyak 10GB sepanjang hari + 10GB data individu.

Naik taraf Pelan Maxis Postpaid (Pascabayar) baharu:

Sebagai peringatan, naik taraf pelan ini adalah automatik tanpa sebarang caj bermula pada 4 Jun 2020. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Maxis. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Maxis

Exit mobile version