Site icon TechNave BM

Maxis perkenal aplikasi RE:Collection untuk pesakit demensia

Setelah mendapat tahu bahawa terapi kenangan mempunyai kesan terapeutik yang kuat terhadap pesakit demensia dan sesinya lebih efektif jika ia peribadi dan melibatkan keluarga, Maxis telah mengadakan kempen seterusnya mencipta aplikasi bernama RE:Collection.

Ikuti cara – cara menggunakan aplikasi RE:Collection yang boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store mulai 16 Januari 2020 :

  1. Muat turun aplikasi RE:Collection dari Apple App Store atau Google Play Store. Jangan lupa untuk memberikan akses kepada kamera dan galeri.
  2. Log masuk aplikasi dan cipta “kata laluan keluarga”. Kongsi kata laluan ini dengan semua ahli keluarga anda supaya mereka juga boleh menyumbang kepada Tabung Memori (Memory Bank).
  3. Melalui Mod Keluarga, muat naik gambar dan video ke Tabung Memori supaya orang tersayang boleh melihat dan mengenang kembali kenangan masa lalu. Jangan lupa untuk menanda, mengkategorikan dan memberi sebanyak mungkin untuk deskripsi.
  4. Untuk bercerita melalui fungsi Realiti Terimbuh (AR), pertama muat naik gambar dan video di Tabung Memori. Tag video ke foto menggunakan butang “Create AR”. Klik butang “View AR” untuk membolehkan penggunaan kamera anda. Gunakan kamera untuk mengimbas foto bercetak dan video yang ditandakan untuk dimainkan.
  5. Melalui Mod Pengguna, warga tua boleh melihat kenangan dan cerita AR melalui antara muka yang mudah untuk digunakan.
  6. Anda boleh lihat kenangan yang mencetus ingatan terbaik melalui analisis data tontonan mereka. Dapatkan inspirasi untuk perbualan atau aktiviti baru untuk dilakukan bersama.

Mungkin dengan cara ini dapat membantu orang tersayang untuk mengenang kembali memori masa lalu melalui cetusan foto ataupun video. Kongsikan pengalaman anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita aplikasi terkini.

Exit mobile version