Site icon TechNave BM

Maxis perkenalkan Hotlink Postpaid dan Fibre baru: Data 60GB & 800Mbps bermula RM149 sebulan

Pada hari ini, Maxis telah melancarkan pelan pascabayar Hotlink Postpaid dan Fibre yang baru dengan harga bermula RM149 sebulan. Pelan ini menggabungkan internet mudah alih dan internet tetap yang berada di rumah untuk penggunaan internet yang menyeluruh.

Pelanggan pelan pascabayar Hotlink Postpaid 60 kini boleh menggabungkan pelan tersebut dengan Maxis Home Fibre sebanyak RM89 sebulan, di mana mereka boleh menerima data sebanyak 30GB sepanjang hari serta data YouTube sebanyak 30GB, dengan kelajuan sehingga 800Mbps.

Di samping itu, pelanggan juga boleh membeli gajet mudah alih terkini dengan harga RM1 sahaja atau melanggan kepada pelan Home Zerolution untuk beli kelengkapan rumah seperti tablet Lenovo, televisyen Samsung Smart TV, Samsung Monitor dengan harga RM1 sebulan.

Layari laman web Hotlink untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan melanggan kepada pelan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version