Site icon TechNave BM

Maxis tangguhkan perkhidmatan rangkaian 5G

Walaupun kebanyakan syarikat telekomunikasi di Malaysia sudah pun menawarkan akses kepada rangkaian 5G dengan internet berkelajuan tinggi, Maxis masih belum menawarkan rangkaian 5G kepada para pelanggannya.

Malang sekali, nampaknya pelanggan Maxis perlu menunggu lebih lama untuk rangkaian 5G kerana syarikat itu ingin menangguhkan permohonan dengan Digital Nasional Berhad (DNB).

Buat masa ini, Maxis memutuskan untuk menangguhkan permohonan bagi mendapatkan kelulusan daripada pemegang saham untuk memeterai Perjanjian Akses (Access Agreement, AA) 5G dengan DNB, iaitu syarikat tujuan khas (special purpose vehicle, SPV) yang bertanggungjawab mengendali infrastruktur 5G negara.

Maxis akan tunggu sehingga kerajaan memuktamadkan dasar pelaksanaan 5G, seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini. Dasar tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum akhir suku pertama 2023.

Pada tahun lalu, Maxis berkata mereka akan mula menawarkan perkhidmatan 5G pada Januari 2023. Dengan perkembangan terbaru ini, mereka mungkin tidak dapat menepati kenyataan tersebut dan pelanggannya perlu menunggu lebih lama untuk mengakses rangkaian 5G.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version