Site icon TechNave BM

Maxis tawarkan perkhidmatan pascabayar percuma selama 3 bulan untuk pekerja kesihatan

Bagi menghargai usaha dan pengorbanan para pekerja kesihatan yang berada dalam barisan hadapan sewaktu menangani wabak COVID-19, Maxis akan menawarkan pelan pascabayar Hotlink Postpaid 60 secara percuma selama tiga bulan kepada mereka.

Setiap kad SIM yang diaktifkan akan datang dengan data 10GB bersama 10GB tambahan percuma untuk YouTube serta panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian. Maxis akan bekerjasama dengan 86 hospital awam dan swasta di seluruh negara untuk memaklumkan promosi ini yang terhad kepada 5,000 pek SIM sahaja.

Kakitangan hospital yang ingin mendapatkan tawaran ini hanya perlu ke Maxis Centre untuk mendaftar. Selepas tempoh tiga bulan percuma itu tamat, mereka masih boleh terus menggunakannya sebagai pelanggan biasa.

Adakah anda seorang pekerja kesihatan yang telah bertungkus-lumus menangani wabak COVID-19 ini? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version