Jika anda merupakan seorang pengguna Maybank yang masih lagi menerima penyata akaun secara fizikal (physical bank statements), anda perlu tahu bahawa pemberian penyata akaun itu akan dihentikan pada masa hadapan dan akan ditukarkan kepada penyata akaun elektronik (e-Penyata).
Bermula 1 Oktober 2024, pengguna Maybank dan Maybank Islamic tidak lagi menerima penyata akaun fizikal untuk Akaun Semasa Peribadi dan Akaun Semasa Perniagaan, sebaliknya ia akan dialihkan kepada e-Penyata. Peralihan ini selaras dengan matlamat Maybank untuk mengurangkan penggunaan kertas dan menggalakkan kelestarian.
e-Penyata boleh diakses melalui perbankan dalam talian Maybank2u, Maybank2u Biz atau Maybank2E. Jika anda telah mendaftarkan alamat e-mel dengan Maybank2u, anda akan menerima e-Penyata secara automatik setiap bulan.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Maybank

