Site icon TechNave BM

Maybank hentikan semua perkhidmatan perbankan buat sementara pada 4 Mei

Maybank telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan semua perkhidmatan perbankan buat sementara pada 4 Mei bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan. Pemberhentian ini akan berlaku pada jam 11:30 malam hingga 11:59 malam pada hari Selasa, 4 Mei (esok).

Maybank berbuat demikian untuk menyediakan perkhidmatan perbankan mereka dengan kempen membeli belah 5.5 pada 5 Mei. Memandangkan transaksi di kalangan pelanggan mereka akan meningkat pada hari tersebut, wajar untuk pihak bank melakukan persediaan secukupnya agar perkhidmatan mereka tidak terganggu.

Perkhidmatan yang terjejas termasuklah:

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version