Site icon TechNave BM

Maybank lancar aplikasi MAE by Maybank2u, bantu rakyat Malaysia urus kewangan harian & menabung

Maybank hari ini telah melancarkan aplikasi MAE by Maybank2u, suatu aplikasi baru untuk memudahkan rakyat Malaysia menguruskan sebarang urus niaga atau hal kewangan harian, di samping penggunaan untuk perbankan digital dalam Maybank2u. Ia boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengakses perbankan mudah alih, pembayaran QR, dompet digital MAE dan pelbagai fungsi lain. Antara fungsi utama adalah Expenses (Perbelanjaan) di mana ia boleh memberi pandangan menyeluruh tentang semua perbelanjaan melalui akaun, kad dan transaksi QR Maybank. Transaksi tunai yang tidak direkod oleh Maybank pula boleh ditambah dalam aplikasi dengan mudah.

Menurut CEO Maybank Datuk Abdul Farid Alias, di samping fungsi perbankan seperti pembayaran bil dan pindahan wang, aplikasi ini juga boleh membantu pelanggan memantau perbelanjaan sambil menggalakkan amalan menabung. Fungsi “Tabung” dalam aplikasi MAE boleh dipadankan dengan pelengkap Boosters yang terdiri daripada tiga jenis:

Bagi mereka yang gemar jalan-jalan cari makan pula, MAE turut mempunyai fungsi roda Makan Mana untuk membantu pengguna mencari restoran menarik sambil mendapatkan promosi khas.

Selain itu, Maybank turut melancarkan kad debit MAE Visa, di mana kad ini boleh digunakan di dalam dan luar negara dengan kadar pertukaran mata wang asing yang kompetitif.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan aplikasi Maybank ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version