Site icon TechNave BM

Maybank MAE: Pengeluaran duit tanpa kad, hanya imbas kod QR

Sebelum ini, Maybank telah mengeluarkan ciri untuk mengeluarkan duit tanpa perlukan kad dengan berdasarkan kod SMS. Kini, Maybank telah mengeluarkan ciri baru yang lebih memudahkan pengguna iaitu hanya mengimbas kod QR di mesin ATM.

Cara ini lebih mesra pengguna terutamanya sejak pandemik COVID-19 yang perlu mengurangkan sentuhan. Ciri ATM Cash Out perlu diaktifkan pada aplikasi MAE terlebih dahulu. Pengaktifan ini akan mengambil masa 24 jam sebelum dapat digunakan.

Anda boleh mengimbas kod QR dengan mana-mana mesin ATM yang menyokongnya. Ciri ini memerlukan pin atau pengesahan biometrik untuk pengeluaran bawah RM1,000 manakala jumlah yang lebih perlu disertakan dengan pengesahan Secure2U.

Tiada resit akan dicetak malah dihantar secara digital pada aplikasi MAE. Namun, ciri ini hanya terhad pada aplikasi MAE dan tidak disokong oleh aplikasi Maybank2U.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version