Site icon TechNave BM

Maybank menukarkan waktu penyelenggaraan harian pada 8 September

Berdasarkan pengumuman dari pihak Maybank 7 jam lepas, Maybank akan menukar waktu penyelenggaraan hariannya jam 11.30 malam hingga 11.59 malam pada 8 September ini. Maklumat ini boleh didapati di akaun Facebook Maybank. Pihak Maybank turut mahu anda menikmati jualan 9.9 tanpa gangguan pada tengah malam.

Sepanjang tempoh tersebut, perkhidmatan Maybank yang tidak boleh digunakan adalah:

Untuk lebih banyak maklumat, anda boleh e-mel ke mgcc@maybank.com. Selepas ini, anda boleh menikmati belanja dalam talian tanpa gangguan pada tengah malam sempena acara jualan.

Adakah anda sudah bersedia untuk jualan 9.9? Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook Maybank

Exit mobile version