Site icon TechNave BM

Maybank nasihatkan pengguna agar berwaspada dengan SMS palsu yang minta maklumat peribadi

Maybank mengatakan terdapat mesej SMS yang kini sedang tersebar luas di kalangan penggunanya, di mana mesej ini meminta maklumat peribadi penerima. Maybank menegaskan bahawa ini bukanlah mesej rasmi dan menasihati pengguna untuk mengabaikannya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna dinasihatkan untuk tidak menekan pautan (link) yang meragukan. Jika pengguna mengakses pautan tersebut, pengguna akan dibawa ke laman web palsu yang menyerupai laman web Maybank2u di mana scammer boleh mencuri maklumat peribadi serta akaun perbankan.

Jika anda telah berinteraksi dengan mesej Maybank yang meragukan ini, anda digesa untuk menghubungi 03-5891 4744.

Maybank tidak akan menghantar sebarang mesej SMS yang meminta maklumat peribadi penggunanya. Untuk perbankan atas talian, laman web rasmi Maybank2u adalah www.maybank2u.com.my .

TechNave berharap para pembaca akan terus berwaspada dengan taktik scammer. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version