Site icon TechNave BM

Maybank: OTP melalui SMS digantikan sepenuhnya kepada Secure2U menjelang Jun 2023

Sebelum ini, Malayan Banking Bhd (Maybank) telah menyatakan ia akan memindahkan ciri Secure2U sepenuhnya pada aplikasi MAE. Kini, ia akan menggantikan sepenuhnya OTP melalui SMS dengan sistem pengesahan Secure2U menjelang Jun 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maybank berkata bahawa langkah itu selaras dengan langkah baharu Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan keselamatan perbankan dalam talian di Malaysia.

Maybank seterusnya menegaskan bahawa pada masa ini, ia hanya membenarkan satu peranti Secure2u bagi setiap pemegang akaun untuk meminimumkan kemungkinan butiran perbankan dalam talian pelanggan dikompromi atau digunakan oleh mana-mana pihak ketiga.

Selain itu, syarikat itu juga memaklumkan pelanggan melalui SMS, pemberitahuan push dan e-mel apabila Secure2U didaftarkan pada peranti baharu. Langkah ini merupakan langkah keselamatan tambahan yang dilaksanakan oleh Maybank untuk memastikan keselamatan akaun pelanggan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version