Seakan menjadi fenomena seketika tentang tajuk caj QR Duitnow buat ketika ini. Namun, disebalik kekecohan yang berlaku, tiga bank utama Malaysia telah mengumumkan untuk melanjutkan pengecualian caj ke atas vendor yang menggunakan platform pembayaran tersebut.
Tiga bank utama negara yang terlibat ialah Maybank, Public Bank dan CIMB. Ketiga-tiga bank mengumumkan perkara yang sama di mana ketika ini pelanggan boleh berbelanja dan membayar menggunakan QR Duitnow tanpa sebarang caj tambahan.
Maybank dan Public Bank mengatakan bahawa mereka akan memaklumkan kepada pelanggan dengan lebih awal tentang sebarang perubahan caj QR Duitnow untuk masa akan datang. Cuma buat masa sekarang mereka tidak meletakkan sebarang caj untuk perkhidmatan itu.
Manakala untuk CIMB pula, mereka akan mengecualikan caj berkenaan sehingga akhir tahun ini. Untuk pengetahuan, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dalam satu kenyataan sebelum ini mengesahkan vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BH Online

