Maybank hari ini mengumumkan bahawa mereka telah berpindah secara sepenuhnya kepada Secure2u untuk perkhidmatan perbankan dalam talian termasuk pembayaran bil, transaksi DuitNow, FPX dan IBG.
Berbanding dengan kata laluan sekali sahaja menerusi sistem pesanan ringkas (SMS OTP), pengalihan ke Secure2u yang merupakan kaedah pengesahan yang lebih selamat. Pelanggan kini boleh meluluskan semua aktiviti perbankan dalam talian serta mengemas kini maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit atau alamat melalui Secure2u.
Perlu diingatkan bahawa hanya satu peranti sahaja terpaut dengan Secure2u untuk setiap akaun pelanggan. Mulai 1 Julai 2023, semua pengesahan Secure2u akan dipindahkan ke Aplikasi MAE. Pelanggan boleh meluluskan transaksi yang dilakukan di laman sesawang Maybank2u, Aplikasi Maybank2u dan Aplikasi MAE melalui Secure2u di Aplikasi MAE.
Dengan pelancaran kempen “More Secure, More Discounts”, pelanggan Maybank boleh menikmati pelan ansuran Maybank EzyPay dengan kadar faedah 0% dan diskaun sehingga RM158 apabila mereka membeli peranti OPPO seperti OPPO Reno8T dengan menggunakan Kad Maybank.
Sehingga 31 Julai 2023, pelanggan boleh membeli peranti pilihan mereka pada harga diskaun di mana-mana Kedai OPPO, cawangan Harvey Norman dan Senheng di seluruh negara. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

