Site icon TechNave BM

Maybank sokong pengaktifan Secure2U pada aplikasi MAE sahaja bermula 1 Oktober

Kini, Maybank memaklumkan pengaktifan Secure2U hanya boleh dilakukan melalui aplikasi MAE bermula pada 1 Oktober 2022

Bagi mereka yang tidak pasti, Secure2U merupakan ciri yang menggantikan SMS TAC dimana pengguna perlu mengaktifkan ciri tersebut pada sesuatu peranti dan menggunakannya dalam melakukan pengesahan.

Ini merupakan langkah bagi memperketatkan lagi sekuriti perbankan atas-talian Maybank. Di samping itu, aplikasi MAE akan menawarkan tempoh pengaktifan 12 jam apabila anda mengaktifkan Secure2U pada peranti yang lain bermula pada 8 Oktober 2022.

Perubahan ini hanya untuk pengaktifan Secure2U baharu sahaja dan Secure2U yang telah diaktifkan pada aplikasi M2U akan berjalan seperti biasa.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version